Rahsia Tunjuk Langit & Testimoni

  • Home
  • About us
  • Gallery
  • Certifications
  • Online store
  • Distributor List in Singapore
  • Contact us
  • Kapsul Tunjuk Langit Super
  • Testimonial Mahogany capsules


 

RAHSIA MAHOGANY
Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.
Buah Mahogany mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.
Buah Mahogany telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.
3 BAHAN AKTIF PENTING
FLAVONOIDS semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.
SAPONINS adalah enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.
BITTER ALKALOIDS di dalam buah Mahogany adalah unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah mahogany adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids
Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati

NUTRITIONAL FACTS OF MAHOGANY SEED
(FAKTA NUTRISI BIJI MAHOGANY)
PROTEIN
VITAMIN B1
IRON
VITAMIN D
FOLIC ACID
CARBOHYDRATE
VITAMIN A
DIETARY FIBER
POTASSIUM
VITAMIN E
CALSIUM
VITAMIN B6
MAGNESIUM
SODIUM
VITAMIN B3

 

PENGAKUAN PENGGUNA-PENGGUNA SUPER MAHOGANY

Berikut adalah sebahagian daripada testimoni-testimoni yang diambil dari pelanggan-pelanggan yang memberi izin kepada kami untuk dipaparkan di laman web ini:

 

Testimoni #1

Saya adalah ibu kepada 4 orang anak yang berkerja di salah sebuah syarikat swasta. Saya menghadapi masalah resdung dan kolesterol tinggi sejak 10 tahun yang lalu. Pelbagai perubatan telah saya cuba tetapi keadaan saya masih sama sehinggalah saya di perkenalkan buah mahogany oleh kawan saya. Pada mulanya saya cuba memakan begitu sahaja tetapi tidak dapat menahan kepahitan yang amat sangat lalu menghubungi TLM untuk memcuba kapsul super mahogany. Pada minggu pertama memakan kapsul mahogany, saya mula bersin tidak henti-henti sehingga mengeluarkan lender-lendir akibat dari penyakit resdung saya. Selepas 3 minggu, saya tiada lagi bersin dan pernafasan saya menjadi bertambah baik. Mengikut suami saya, saya tidak lagi berdengkur seperti selalu. Selepas sebulan mengamalkannya, doktor mendapati tahap kolesterol saya menjadi pulih kepada normal. Saya amat kagum dengan buah ciptaan tuhan ini kerana saya berasa sihat, lebih bertenaga dan bernafas secara normal. Sekarang saya mengambil kapsul mahogany ini dua hingga tiga kali seminggu untuk mendapatkan tenaga yang lebih. Terima kasih TLM kerana memberi keyakinan kepada saya.

~Salasiah Ahmad, 39, Kota Bharu~

 

Testimoni #2

Saya mengenali buah mahogany ini 2 tahun yang lepas bila ibu saya mula paksa saya memakannya kerana doktor mensahkan saya mengidap darah tinggi. Pada mulanya saya memakan kapsul ini tetapi kerana ketakutan, saya juga memakan ubat darah tinggi yang doktor beri. Selepas lebih kurang 6 minggu, saya membuat pemeriksaan dan doktor dapati keadaan tekanan darah saya normal lalu menyuruh saya memberhentikan ubat hospital. Saya amat terkejut tetapi gembira kerana tidak perlu lagi mengambil pil darah tinggi. Saya amat berterima kasih kepada ibu saya kerana memaksa saya sebelum ini. Sekarang saya tidak pernah lagi sakit kepala atau berasa tegang di leher dan saya amalkan kapsul mahogany ini.

~Abdul Wahid, 45, Klang~

 

Testimoni #3

Amalkanlah kapsul super mahogany kerana saya telah disahkan doktor tidak lagi sakit-sakit sendi, kebas-kebas dan lenguh-lenguh di seluruh badan saya. Saya amat terharu dengan keajaiban buah mahogany yang dapat membuat saya cergas seperti orang muda.

~Hj. Muhammad, 62, Kuala Trengganu~

 

Testimoni #4

Selepas sebulan memakan kapsul super mahogany, kandungan kolesterol yang tinggi turun kepada paras normal dan sakit-sakit kepala yang dialami saya telah hilang sehingga hari ini. Nasihat saya, jangan makan ubat-ubat farmasi, makanlah buah atau herba yang semulajadi untuk kesihatan yang berpanjangan.

~Joseph Wong, 36, Bandar Utama~

 

Testimoni #5

Saya mengetahui buah mahogany dari adik ipar saya yang mengalami migrane. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan khasiat buah mahogany ini sehingga saya sendiri mencuba kapsul mahogany ini. Pada hari kedua memakannya saya demam tetapi demam saya hilang pada hari keempat. Pada mulanya saya rasa takut juga kenapa tindak balasnya begitu mendadak. Tapi saya teruskan memakan juga dengan berpegang pada prinsip yang tumbuhan atau buah yang pahit seperti peria dan hempedu bumi mesti ada unsur-unsur yang dapat mengubati penyakit yang menyerang sistem badan. Sekarang saya anggap mahogany ini seperti ulam kerana saya boleh tahan rasa pahitnya. Dengan adanya kapsul super mahogany saya dapat berikan kepada semua ahli keluarga saya untuk mereka amalkan.

~Puan Michelle, 35, Petaling Jaya~

 

Testimoni #6

Saya mengalami penyakit diabetes type 2 sejak 5 tahun yang lalu. Saya diperkenalkan kepada pengasas super mahogany pada tahun lepas dan mencuba produk ini. Pada dua bulan pertama, keadaan tahap gula saya berubah-ubah, naik dan turun. Pada bulan ketiga, bacaan tahap gula saya menjadi stabil normal (5.0) sehingga hari ini. Sekarang saya boleh memakan apa sahaja dengan syarat mengamalkan mahogany ini. Kepada sesiapa yang berpenyakit kencing manis, amalkanlah kapsul mahogany ini kerana ia telah membantu saya menjadi gembira dan tidak perlu risau tentang pantang larang makanan.

~Mr. Ravindran, 43, Johor Baharu~

 

 

Testimoni #7

Saya adalah pelajar universiti dan mempunyai masaalah selalu mengantuk bila berada di dalam kuliah lebih-lebih lagi apabila selepas mengambil makanan yang banyak. Saya rasa saya mempunyai masalah penghadaman yang lambat kerana saya selalu rasa kembung dan senak bila makan makanan-makanan yang agak berat seperti daging, ayam dan makanan berlemak. Pada mulanya saya diperkenalkan dengan kapsul mahogany ini bila saya mempunyai masaalah sakit kepala. Bila saya ambil 2 biji kapsul ini dan saya tidur sekejap. Alhamdulillah sakit kepala pun hilang. Pada suatu hari semasa waktu kuliah saya merasa mengantuk sangat lalu saya cuba mengambil 2 kapsul mahogany ini dan Alhamdullillah rasanya yang sangat pahit memberi kesan yang drastik menghilangkan rasa mengantuk yang dialami. Saya juga mengalami perbezaan dengan sistem penghadaman dimana saya tidak merasai lagi senak atau angin selepas makan bila saya memakan kapsul mahogany ini selepas makan makanan yang berat.

~Siti Normalia, 23, Bangi~

 

Testimoni #8

Selama hampir 10 tahun saya mempunyai masaalah tekanan darah rendah. Badan saya selalu lemah-lemah dan saya selalu mengalami keaadaan kepala berdengung dan berpusing. Terlalu banyak cuti sakit yang saya terpaksa ambil. Banyak kali bila berjumpa dengan doktor, mereka mengatakan tekanan darah saya rendah. Bila saya mencuba mengambil kapsul mahogany ini sebagai makanan tambahan. Alhamdullillah saya sudah tidak merasa symptom-simptom tersebut lagi. Badan saya juga selalu bertenaga dan saya tidak lagi ambil cuti sakit seperti sebelum ini. Terima kasih kapsul mahogany.

~Puan Siti, 36, Sungai Buloh~

 

Testimoni #9

Sejak melahirkan anak ketiga saya mesti mengambil cuti pada hari haid yang banyak. Ini adalah kerana perut saya mesti sakit macam nak beranak dan kepala saya rasa sangat sakit. Lepas mula mengamalkan kapsul mahogany ini hampir sebulan saya sudah tidak sakit lagi sewaktu datang haid dan dapat bekerja seperti biasa di waktu haid yang banyak. Wanita yang mengalami masalah haid patut mengamalkan kapsul super mahogany ini. Keadaan haid saya sekarang amat baik dan tiada lagi sakit perut atau segugut.       

~Faridah Ismail, 34, Ayer Keruh~

 

Testimoni #10

Saya menghadapi gastrik (selalu sakit perut) sejak setahun yang lalu. Saya sekarang amalkan kapsul mahogany dan amat berpuas hati dengan keberkesanannya. Ia juga beri kekuatan yang extra apabila bersama pasangan (faham-faham la).

~Mr. Daniel, 28, Ipoh~

 

Testimoni #11

Buah mahogany memang banyak kelebihannya. Makcik amalkan sejak kecil lagi dan makcik tak pernah ada penyakit-penyakit. Kepada anak-anak, makcik nasihatkan amalkan buah ini, InsyaAllah badan sihat.

~Puan Khamsiah (Makcik Siah), 70, Kota Tinggi~

 

Testimoni #12

Kalau cirit-birit akibat keracunan makanan, mahogany nombor 1 ubatnya. Ambillah yang semulajadi kerana yang dah di proses tu dah tak ada khasiat sebenarnya. Saya sekeluarga mengambil kapsul super mahogany ini setahun yang lalu. Seluruh keluarga saya sihat, tidak perlu pergi klinik lagi.

~Angeline Chong, 39, Puchong~

 

Testimoni #13

Tahap gula dalam darah saya telah turun dari 14.3 kepada 6.5 setelah mengamalkan kapsul super mahogany ini selama 3 bulan. Terima kasih pengusaha TLM kerana memberi saya harapan untuk hidup gembira.

~Mrs. Chandran, 42, Kuching~

 

Testimoni #14

Saya mengalami sakit gout dah lama. Apabila datang sakitnya, tuhan sahaja yang tahu bisanya. Bermacam-macam ubat dan herba saya telah cuba dan ribuan duit telah saya habis tetapi keadaan saya masih tidah berubah. Pada satu hari, saya terlalu sakit sehingga tidak dapat berjalan selama 3 hari lalu kawan saya datang memberi saya makan kapsul super mahogany. Selepas 2 hari sakit saya mulai hilang tetapi saya berjalan dengan bertongkat. Selepas seminggu, saya kembali normal dan boleh berlari. Sehingga hari ini, saya mengamalkan kapsul super mahogany yang ajaib ini.

~Cik Amalina, 30, Putrajaya~

 

Testimoni #15

Saya telah menggunakan mahogany untuk merawat pesakit-pesakit di klinik saya memandangkan ramai yang meminta rawatan yang tidak menggunakan ubat-ubatan biasa. Saya sendiri mengidap penyakit darah tinggi selama 5 tahun. Sekarang saya tidak lagi bergantung kepada ubat-ubat moden tetapi mengamalkan mahogany ini. Bergantung kepada tubuh badan manusia yang berlainan, ia mengambil masa yang lebih untuk pulih ke tahap normal berbanding dengan ubat yang diberi di klinik atau hospital. Setakat ini, tiada kesan sampingan yang saya temui, kita berikhtiar tuhan menentukan segalanya.

~Dr. Ahmad, 46, Cheras~

 

Make a Free Website with Yola.